Saturday 29 August 2015

BENCANA ALAM

JENIS-JENIS BENCANA ALAM


3. BANJIR



  • Banjir merupakan salah satu bencana alam yang biasa berlaku.

  • Banjir yang berlaku akan menyebabkan orang kehilangan tempat kediaman mereka, kemusnahan harta benda dan mengalami kerugian.


  • Mangsa banjir terpaksa berjalan dalam air dengan membawa ahli keluarga mereka dan barangan mereka.

  • Contohnya, banjir yang berlaku di Kelantan 2014 telah menyebabkan kemusnahan harta benda, kekurangan makanan dan bekalan air serta kehilangan tempat tinggal. Oleh itu, mangsa banjir terpaksa menginap di pusat pemindahan . 



RUJUKAN:

YOUTUBE:Berita Terkini Banjir Melanda Kelantan, Kuantan Semakin Teruk-www.youtube.com/watch?v=LlPju2j_FsE

BENCANA ALAM

JENIS-JENIS BENCANA ALAM


2. GEMPA BUMI

  • Gempa bumi merupakan satu bencana alam yang melibatkan gegaran dan rekahan pada permukaan bumi.

  • Gempa bumi menyebabkan bangunan roboh, ramai nyawa terkoban malah permukaan jalan berpecah-belah.


  • Contohnya, gempa bumi yang berlaku di Nepal pada 25 April 2015 telah menyebabkan kemusnahan harta benda dan meragut banyak nyawa.


RUJUKAN: 

YOUTUBE: VIDEO GEMPA BUMI DI NEPAL - https://www.youtube.com/watch?v=YRpKy-6x5z0



BENCANA ALAM

JENIS-JENIS BENCANA ALAM


1.TSUNAMI 


  • Tsunami merupakan salah satu bencana alam yang amat menakutkan.

  • Biasanya, tsunami berlaku ekoran daripada gempa bumi.

  • Tsunami telah menyebabkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa.


  • Contohnya, gempa bumi yang berlaku di Lautan India yang juga dikenali sebagai Lautan Hindi pada 26 Disember 2004 telah menyebabkan tsunami berlaku di kawasan-kawasan pantai Selatan Asia, Sumatera Utara, Thailand dan Malaysia.



RUJUKAN: 



Friday 28 August 2015

BENCANA ALAM


PENGENALAN BENCANA ALAM


  • Bencana alam ialah satu bencana yang berlaku di alam semula jadi. 

  • Bencana alam  merupakan satu malapetaka yang tidak dapat dielakkan. 

  • Bencana alam akan berlaku dengan tiba-tiba tanpa sebarang dugaan dan membawa kesan  kepada semua hidupan di bumi. 

  • Bencana alam yang biasa berlaku ialah tsunami, gempa bumi, banjir, letusan gunung berapi, tornado dan taufan.



Tuesday 21 July 2015

Kelas Kemahiran Belajar

Panduan Membina Blog

Selamat Berkunjung Ke Blog Saya

Selamat Berkunjung Ke Blog Saya

Tujuan saya membina blog ini adalah untuk berkongsi maklumat dan berinteraksi dengan kawan.